Ini
adalah Buah Ajaib atau juga dikenali oleh sebahagian orang kita sebagai
Buah Seribu Manis. Di dalam bahasa inggerisnya ia disebut sebagai
Miracle Berry atau Miracle Fruit. Dalam bahasa sainsnya pula ia
dipanggil sebagai Synsepalum dulcucum . Pohon ini berasal dari negara Afrika.
Buahnya
berwarna merah. Setiap buah mengandungi 1 biji di dalamnya. Rupa dan
saiznya lebih kurang seperti buah muyu/jamblang yang merah spara matang.
Apabila isinya di kunyah, makanan lain yang tadinya masam atau masin
akan menjadi manis. Manisnya juga kaya nuansa-nuansa; seperti
limau/jeruk, manis seperti madu, enak yang sukar untuk dinyatakan.
Kesannya berlarutan sehingga 1-2 jam. Rasa buah ini menakjubkan; justru
orang-orang Barat menyebutnya "miracle fruit", bermaksud buah ajaib.
Mengapa
begitu? Ya kerana pada Buah Ajaib ini (miracle fruit / Miracle
berry/Synsepalum Dulcificum) ini terdapat sebatian protein yang disebut
sebagai Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila
sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat
menstimulasi rasa manis pada lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu
makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi
manis. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah
susunan kimia dari makanan, persepsi rasa manis hanya berlaku antara 30
minit hingga 2 jam bergantung kepada berapa banyak kita makan buahnya
Buah ini bukan tumbuhan asli negara kita akan tetapi dari Afrika barat. Ia ditemui oleh seorang yang berbangsa perancis bernama Reynaud Des Marchais. Keajaiban
buah ini telahpun mendapat perhatian ramai saintis dunia dan kini telah
banyak saintis menghasilkan Journal-journal ilmiah kerana keajaibannya
mengubah rasa seperti contohnyaDr. WF Daniell yang telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Miraculous Berry" pada Pharmaceutical Journal, Vol. Xl.
Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..
Apakah Kegunaan Serta Faedah & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? Berikut adalah antara manfaatnya ..
- Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula. kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman.
- Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. Karena sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran. Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran diperolehi disamping rasa enak yang dirasai. Hebat bukan.
- Penyakit Kanker. Penyakit Kanker yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang enak & menakjubkan.